Khamis, 24 Disember 2009

SIFAT KEPIMPINAN HPA



Kita semua pernah mengalami situasi yang memerlukan keberanian dan keyakinan diri. Adakah anda masih ingat semasa mula-mula belajar membawa basikal? Kita berasa takut kerana tidak pernah mencubanya tetapi kita beranikan diri dan setelah banyak kali terjatuh, akhirnya kita berjaya membawa basikal. Kita semua mesti dan akan mengalami perkara-perkara baru begini dalam hidup dan melaluinya kita akan mendapat pengalaman yang sangat berharga sebagai panduan hidup.


Kenapa kita berjaya melaluinya?
Sebab kita berani untuk melakukan dan kadangkala kita akan berhadapan dengan situasi yang menyebabkan kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali menghadapi dengan penuh keberanian dan keyakinan. Cuba lihat waktu kita mengambil peperiksaan SPM dahulu, kita berasa takut, gemuruh dan cemas namun kita tetap menduduki peperiksaan tersebut sebab kita tidak mahu usaha kita membaca buku, menyiapkan tugasan guru, menghadiri kelas tuisyen dan kelas tambahan menjadi sia-sia sahajakan. Oleh itu kita tetap menghadapinya dengan berani.

Jadi di dalam hidup ini, kita tetap akan menempuhi pelbagai halangan walaupun terpaksa berhadapan dengan seratus, seribu ataupun sejuta halangan. Kita harus“MENEMPUHINYA DENGAN BERANI”.

“Kepuasan sebenar dalam hidup ini ialah melakukan sesuatu yang ramai orang fikir Mustahil untuk kita lakukan”